herbaplus

herbaplus

Saturday 18 June 2011

Tarikh Luput

Tuala wanita yang kalian guna ada tarikh luput tak?? Ke tak pernah ambil tahu atau memang tak pernah 'check' pun ada ke tak?? 
Ni miss herbalplus nak bagitau.....
Hampir semua pad di pasaran tidak mempunyai tarikh luput. Ada pad yang telah berubah warnanya menjadi kekuning-kuningan masih dijual di kedai-kedai. Berapa pastikah anda ianya tidak akan menjejaskan sistem wanita anda???
Tapi....Jangan risau dengan Herbalplus, sebab kami sediakan tarikh luput di sini!!!
 

Tuesday 14 June 2011

Produk

Mungkin ramai antara wanita akan mengatakan kenapa perlu kita melaburkan sejumlah wang untuk membeli tuala wanita yang hanya untuk diguna dan buang sahaja kan??? Disebabkan itu juga, ada antara mereka yang sanggup membeli tuala wanita yang murah-murah aje...pantang ada 'sale' murah, terus beli tanpa fikir kenapa harganya murah.. Contoh, gambar yang saya ambil di salah sebuah pasaraya. Ini promosinya!!!
Murah kan??? MEMANG MURAH tapi tahukah anda tuala wanita yang berada di pasaran hari ini, yang mendapat tempat di hati wanita-wanita di luar sana adalah diperbuat dari BAHAN-BAHAN BUANGAN DI TEMPAT PELUPUSAN SAMPAH!! 

Pesan saya pada teman-teman, JOM kita bertukar kepada yang lebih selamat, yang harganya lebih kurang dengan apa yang anda guna sekarang TAPI MENJANJIKAN SEJUTA KESELAMATAN DAN PENJAGAAN YANG TERBAIK UNTUK VAGINA DAN SERVIKS ANDA!!!



CER CUBA YANG INI PULAK!!!

  PAD SIANG - 24.5CM (10 KEPING : RM13)
PAD MALAM - 30CM (8 KEPING :RM13)
PANTILINER -16CM - 20 KEPING :RM13)
.5


Nak lagi best boleh beli bundle dengan harga yang sangat-sangat berbaloi. 


1 bundle 10 peket  (harga asal RM130+postage RM10)

TAPI saya bagi OFFER tau 

1 bundle tu hanya dgn harga RM110 (termasuk postage) 

SYOK kan???









Sunday 5 June 2011

Ancaman Toksin Tuala Wanita

Dipetik dari UTUSAN PENGGUNA (Julai 2002)

Tahukah anda bahawa kebanyakan tuala wanita (dan tampon) diperbuat dan dilunturkan dengan sebatian klorin yang mengandungi sisa organo klorindan karsinogen yang dikenali- dioksin!EPA AS telah menamakan dioksin sebagai karsinogen paling berbahaya diketahui oleh sains.

Kajian EPA pada tahun 1996 mengaitkan pendedahan dioksin dengan peningkatan risiko bagi endometriosis (jangkitan padalapisan uterus). EPA telah merumuskan bahawa orang yang mengalami pendedahan yang TINGGI terhadap dioksin mungkin berisiko menanggung kesan lain yang boleh:
* Melemahkan sistem imun.
* Meningkatkan risiko panyakit radangan pelvik.
* Mengurangkan kesuburan dan kesukaran mendapatkan anak.
* Berkemungkinan menganggu perkembangan janin dan kanak - kanak (bagi perempuan hamil).

Dalam ujian di luar negara, tuala wanita telah didapati mengandungi 400 bahagian trillion (bpt)dioksin. Walaupun industri kertas telah menetapkan paras sedemikian adalah terlalu rendah untuk menimbulkan sebarang masalah kesihatan, kajian-kajian telah menunjukkan dioksin berpindah dengan mudah daripada produk kertas. Ikan dan hidupan liar lain telah mati selepas pendedahan kepada doskecil sebanyak 38 bahagian per quadrillion dioksin.

      Secara purata, wanita menggunakan kira-kira 15,000 tuala wanita sepanjang hayatnya. Kesan pendedahan berterusan kepada dioksin yang selamanya tersimpan dalam sel lemak mungkin menjadi kumulatif dan boleh membawa maut.

DIKELUARKAN DENGAN PENGGUNAAN BANYAK BAHAN KIMIA

Untuk membuat tuala wanita, setiap pulpa kayu pada mulanya direndam didalam air, di dalam besen besar. Kebanyakan bahan kimia dan pewarna yang diperlukan, dimasukkan pada peringkat ini. (Pulpa itu kemudiannya digeser dan diberus serta dimasukkan dengan udara untuk menggebukannya).
Sesetengah tuala mengandungi rayon tambahan yang juga berasal daripada kayu untuk penyerapan tambahan. Serat didalam kayu dilarutkan di dalam larutan kaustik, dipancut ke dalam jet haus di dalam air berasid. (Campuran itu kemudiannya membeku dan mengering menjadi gentian lebih panjang).Proses bahan kimia termasuk "de-inking" bahan yang dikitar semula,membasuh dengan bahan pencuci dan meluntur. (Akibatnya sesetengah bahan kimia yang digunakan kekal di dalam tuala wanita). Bahan penambah juga digunakan untuk menambah sifat tuala wanita itu. Ini termasuk ejen penyerap dan ejen tahan basah - seringkali digunakan polysorbate dan urea formaldehid.

    Pelunturan selanjutnya melibatkan klorin mungkin berlaku untuk menambahkan keputihan.


Saturday 4 June 2011

ANION TU APA YER??

Pasti ramai yang tidak tahu apakah itu ANION atau ION NEGATIF?
Semua kehidupan di dunia berkait rapat dengan anion (atau negative ions) atau ion negatif. Dalam keadaan normal,molekul udara atau atom adalah natural atau semulajadi. Kerana perubahan ion negatif secara semula jadi yang dihasilkan melalui sinar kosmik,sinar ultraviolet,radiasi mikro,kilat serta petir dan sebagainya,
Sebahagian daripada molekul udara akan kehilangan elektron yang mengelilingi nukleus dan elektron bebas akan terbentuk dengan molekul udara neutral lain menjadikannya bentuk negatif. Keadaan inilah yang disebut anion dalam udara.
Ia tidak berwarna,tidak berbau dan memiliki upaya serapan yang tinggi untuk menyerap partikal mikro organisma di udara. Anion dalam udara adalah mustahak sama seperti vitamin dalam makanan dan adakalanya dinamakan vitamin udara, elemen panjang umur dan sebagainya.
   Anion berkait rapat dengan kesihatan manusia. Kesannya tidak harus diremehkan. Ia akan melahirkan kebolehupaya meresap pelbagai partikel diudara, bakteria, dan pelbagai virus untuk dineutralkan. Ia mampu memasuki sel-sel bakteria untuk membunuhnya.
Lebih banyak anion di udara bermakna kekurangan bakteria dan apabila elemen anion sampai ke satu tahap , jumlah bakteria akan berada pada tahap sifar.
Bilangan anion dalam satu sentimeter padu udara dianggarkan 40 hingga 50 di kawasan yang padat,100 hingga 200 di seperti padangbandar kecil, 700 hingga 1000 di kawasan padang dan lebih 5000 di lembah-lembah.
Bilangan anion di udara boleh memberi kesan kesihatan manusia. Jika udara mengandungi terlalu banyak ion positif dan rendah anion, bukan meletihkan tubuh badan, merasa mual, migrain, merasa tertekan dan kesukaran bernafas,namun keadaan ini boleh berubah jika udara sekitar 1200 anion untuk satu sentimeter padu yang diambil tubuh badan.
     Jika anion dalam rumah mencapai tahap 1,500 sentimeter padu ia akan mempengaruhi mood mereka yang berada dalam rumah itu. Oleh itu ketahuilah bahan anion merupakan salah satu elemen yang dapat meningkatkan tahap kesihatan dan meningkatkan usia.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO) memperakui kandungan anion dalam udara tidak harus berada di bawah 1000 padu sentimeter.  Dalam sesuatu keadaan seperti di pergunungan penghuninya bebas daripada masalah diserang radang yang akhirnya dapat hisup lama.  Keadaan ini berkait rapat dengan udara di situ yang mengandungi anion.
    Banyak pihak termasuk pakar-pakar tertarik dengan kesan positif anion dalam bidang perubatan.  Pita anion dalam LOVE MOON memancarkan 6,070 anion satu sentimeter padu yang akan dapat menahan daripda sebarang jangkitan kuman dan virus. Boleh dikatakan dalam banyak masalah berkaitan kewanitaan adalah disebabkan oleh bakteria.
    Apabila pita anion dalam LOVE MOON mengembangkan anion,ia juga menghasilkan oksigen yang sekaligus dapat menukarkan suasana ,meningkatkan encymic biologi. Pada masa yang sama di bawah suhu yang normal pita anion dapat mengembangkan gelombang magnetik daripada 4 sehingga 14 mikron lebih daripada 90 peratus yang dapat meningkatkan molikul air dalam tubuh manusia. Teknologi ini ternyata terbukti dapat meningkatkan kesihatan wanita amnya.